Koleksi App iphone 4

Friday, February 18, 2011

Hi..lama tak update blog.Selamat malam, malam ni nak share koleksi App yang ada dalam iphone 4 aku.Jadi aku buat la review untuk anda semua.App ni sebenarnya program yang digunakan dalam iphone 4,adalah mudah untuk kita menggunakan App ini kerana selain cepat di downoload ia juga sangat mudah untuk di install dan didelete bila anda tidak mahu menggunakannya lagi.

Untuk mendownload App ni korang harus ada installous App atau Pirate App.Kedua-duanya App ni boleh di install selepas melakukan jailbreak.Kalau belum jailbreak memang tak dapat.Bila dah ada App ini anda boleh download semua App untuk iphone 4 anda dengan mudah.Sekarang anda boleh cuba sendiri,kalau korang ada App menarik yang nak dikongsikan dalam blog saya ni email ja saya ok.

Read more...

Perbandingan Kualiti Picture iPhone 4 HDR & Pro HDR App

Wednesday, February 16, 2011

Tak sampai sebulan lagi rasanya saya menggunakan iphone 4.Kali ni sya nak share kualiti gambar yang di ambik menggunakan  iPhone 4 HDR & Pro HDR App.Memang kualiti gambar yang diambil begitu memuaskan terutamanya Pro HDR App.Meskipun Nokia N8 mempunyai 12 megapixel namun kehebatan tersebut tidaklah seperti yang  digambaran kerana apabila dipindahkan ke labtob kualiti gambar 5 Megapixel iphone jauh lebih hebat berbanding 12 Megapixel N8.

Selain Pro HDR App banyak lagi App yang boleh digunakan oleh anda sebagai App dalam iphone 4 anda.Adakah anda boleh dapat App seperti TrueHDR, iCamera HDR,HDR Camera,Camera Fun, HDR Fusion, CP Pro dan banyak lagi jika menggunakan Nokia N8,HTC, Sony Ericsson dll. Tentu tidak dapat,namun bila menggunakan iphone 4 semuanya boleh anda gunakan untuk menjadikan kualiti gambar anda setanding dengan gambar yang diambil oleh photographer.

Walaupun bukan seorang photographer,namun saya boleh menilai sendiri kualiti gambar yang diambil menggunakan iPhone 4 HDR & Pro HDR App adalah terbaik.Sekarang terpulang kepada anda untuk memilih smartphone anda.Jangan terpedaya dengan megapixel yang dikatakan sebelum mencuba kerana sekarang banyak yang tidak seperti yang digambarkan.Jom layan gambar yang saya ambik ni.Sumpah saya tak edit langsung.


Read more...

Jailbreak iphone4

Wednesday, February 9, 2011

Just nak cita, semalam 9/2/11 aku dah jailbreak iphone 4.Walaupun banyak panduan dekat internet namun aku akhirnya membuat keputusan untuk membuat jailbreak di kedai dan harganya agak tinggi RM120 tapi aku buat juga memandangkan 1st time aku tak berani nak jailbreak sendiri, mungkin lain kali aku akan lakukan sendiri.

 Bukan apa kalau ada masalah nanti bila aku jailbreak sendiri mungkin harganya berlipat kali ganda hehe.Jailbreak ni penting untuk memudahkan aku download app kerana kalau tak jailbreak kena beli app dari itunes menggunakan kad kredit.Nanti aku cita lagi k.luv u all.


Read more...

Cara ambik screenshot dari iphone4

Thursday, February 3, 2011

Hai semua ! kali ni just nak share macam mana cara nak ambik screenshot dari iphone4 anda.  Pertama tekan butang home dan pada masa yang sama tekan butang on/of serta pastikan anda mendengar bunyi kamera snap "click".  Kemudian pergi photo apps untuk melihat screenshot tersebut.

Read more...

Cara menutup apps yang telah dibuka dalam iphone4

Mungkin ada yang bertanya bagaimana hendak menutup apps dalam iphone4.  Pertama sekali tekan butang home 2 kali dan anda akan melihat senarai apps yang belum ditutup.  Setelah menekan butang home sebanyak dua kali maka akan keluar tanda seperti ini (-) dan selepas itu anda hanya click yang mana yang anda mahu close (-).Tujuannya adalah untuk mengelakkan cas bateri daripada cepat habis.Selamat mencuba.

Read more...

Cara Sync/Transfer MP3/Video Dengan iTunes ke Iphone4

Wednesday, February 2, 2011

Rasanya ramai yang dah tahu transfer lagu dari itunes ke iphone4,abaikan bagi yang dah tahu kerana aku saja nak kongsi dengan yang baru nak berjinak dengan dunia iphone. Memasukan lagu,video ke iphone tidak semudah smartphone/handphone lain kerana ia memerlukan itunes tidak seperti smartphone/handphone kerana memerlukan kita install itunes terlebih dahulu.  Proses transfer lagu ke iphones dipanggil sebagai "sync".  Berikut adalah caranya.


Langkah 1: Selepas anda install iTunes, buka iTunes dan paparan seperti dibawah ini akan muncul
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 2: Pergi ke File>Add File to Library atau Add Folder to Library bergantung pada korang nak masukkan satu fail demi satu atau satu folder sekali gus.
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 3: Selepas semua fail lagu yang anda mahu masukkan ke iPhone telah selamat di masukkan ke iTunes library, ia akan kelihatan seperti paparan di bawah
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 4: Selepas itu pergi ke iPhone anda dengan menekan iPhone anda di panel sebelah kiri (pasangkan iPhone melalui USB jika belum)
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 5: Pergi ke tab Music dan tandakan pada “Sync Music” seperti paparan di bawah. Tekan “Apply”
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 6: iTunes akan memulakan proses “Sync” dan setelah iTunes selesai lagu akan berada di dalam iPhone anda.
itunes-iphone-transfer-lagu
iTunes 10.1 – [Muat Turun]

Read more...

1st posting guna iphone4

Selamt pagi semua! pagi ni aku just nak try menaip menggunakan iphone4 yang aku baru beberapa hari guna. Best juga menaip menggunakan iphone4 ni sebab memang smooth walaupun agak kekok mulanya namun dh biasa akhirnya.sebelum ni aku memang tak terfikir langsung untuk menggunakan barangan apple.


Faktor harganya yang agak tinggi bukanlah faktor utama namun minat aku lebih kepada Sony Ericsson yang mempunyai sound & kamera yang superb tapi setelah membuat research dari google aku dapati iphone4 dan kebanyakan produk Apple telah dipilih oleh kebanyakan pengguna dari seluruh dunia.

Selepas itu keterujuaan aku terhadap barang Apple berterusan sehinggalah aku membeli iphone4 ni. Setakat ni sebab aku just nak try type je ni bukan kerana niat nak menunjuk tapi sekadar nak berkongsi.Kesimpulannya bagi aku iphone4 ni sesuai untuk para blogger yang selalu update blog & website. Kalau anda semua ada artikel tentang iphone4 nak letak kat blog aku email je aku. Jom tengok picture iphone4 aku.

Read more...

  ©

Back to TOP