Tips melajukan Internet Download Manager (IDM)

Monday, March 7, 2011

Ok, Kali ini nak share tentang tips Tips melajukan Internet Download Manager (IDM).  Memandangkan semua suka download, jadi korang harus baca tips ini untuk ubah speed download korang ke tahap maksimum.

windows 7 sp1 idm

IDM ialah perisian download manager paling digemari pengguna di Malaysia rasanya; faktor utama ialah mesra pengguna dan ringan serta laju. Berikut beberapa tips berguna bagi peminat IDM.


Melajukan IDM

Pertama sekali kelajuan download bergantung kepada dua faktor utama; 1) kelajuan pakej internet dan 2) kelajuan server download.

Kalau dua2 tu dah laju boleh gunakan tips ini bagi mengoptimasikan kelajuan download menggunakan IDM.

idm download

Tips ini saya gunakan sejak zaman beberapa tahun lepas lagi, jadi mungkin ramai dah tau tips ini. Set connection kepada Lan 10Mbps dan default connection kepada 16.

Integrate IDM ke dalam Firefox/Chrome

IDM sudah diintegrate secara default jika anda guna Firefox. Kalau chrome pula kena guna IDM versi terbaru iaitu 6.05 baru boleh integrate dengan mudah.

Atau bagi lebih memudahkan boleh guna DownloadHelper by Google for Chrome bagi integrasi IDM ke dalam Chrome.

Refresh download link

idm
Katakan satu file yang anda download tu terputus dan tak dapat resume. Jangan cepat putus asa, cuba refresh balik download link dan capture link download baru. Kebiasaannya boleh resume balik daripada percentage yang belum complete (depend on your conection)

Read more...

Steve Jobs perkenal iPad 2

Thursday, March 3, 2011


STEVE JOBS berdiri di depan skrin yang menunjukkan komputer tablet iPad 2 di atas pentas di Pusat Yerba Buena,San Francisco kelmarin.



SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs, 56, membuat kejutan apabila dia hadir dengan tubuhnya yang kurus semasa mendedahkan versi kedua iPad kelmarin.

Orang ramai berdiri bertepuk tangan apabila Jobs yang merupakan pengasas syarikat Apple menaiki pentas di Pusat Yerba Buena di sini dengan gaya yang bersahajanya, memakai baju berkolar, seluar jean biru dan cermin mata.

"Kami telah bekerja keras untuk menghasilkan produk ini dan saya tidak mahu melepaskan hari yang bersejarah ini," katanya.

Beliau berkata, tahun 2010 merupakan tahun buat iPad sebelum skrin video memaparkan komputer tablet Apple itu.

 "Kami melalui permulaan yang susah dan tidak pernah berehat untuk kejayaan ini. Kami akan memperkenalkan iPad 2 hari ini (kelmarin)," kata Jobs. Berita yang dibawa beliau itu menyebabkan saham Apple melonjak dengan serta-merta.

Situasi itu berlaku kerana Jobs tidak muncul sejak Januari lalu kerana dia mengalami masalah kesihatan dan kerap mengelak daripada menghadiri majlis besar anjuran syarikat Apple.

Pada bulan lalu, sebuah akhbar di AS menyiarkan gambar-gambar Jobs yang kelihatan terlalu kurus di Palo Alto, California.

Kira-kira 10 tahun yang lalu, beliau telah menjalani pelbagai rawatan untuk merawat penyakit kanser pankreas dan melalui pembedahan pemindahan hati.

Namun, iPad 2 yang diperkenalkan Jobs itu lebih nipis, ringan dan mempunyai pemprosesan yang lebih cepat serta dilengkapi dua buah kamera untuk merakam foto serta perbualan video.

Ia datang dengan dua warna, hitam dan putih dengan ketebalan hanya 8.8 milimeter berbanding model sekarang setebal 13.4 milimeter.

"Sebenarnya, iPad 2 lebih nipis daripada iPhone 4" jelas Jobs.

Model baru itu akan berada di pasaran pada 11 Mac ini dan berharga di antara $499 (RM1,512) hingga $829 (RM2,513) bergantung kepada kapasiti memori dan kebolehan bersambung dengan Internet melalui talian selular.

Di AS, iPad 2 akan bekerjasama dengan At&T dan Verizon Wireless.
Syarikat Apple turut mencipta beberapa aksesori baru untuk iPad 2.

Antara aksesori baru itu ialah soket yang membolehkan pengguna menghubungkan iPad 2 kepada televisyen beresolusi tinggi. -Agensi

Read more...

Dominasi Stve Jobs Apple

Thursday, February 24, 2011

 MEMANG tidak dapat dinafikan lagi dominasi Steve Jobs dan Apple dalam menghasilkan gadjet mereka yang terkenal dan menjadi kegilaan di seluruh dunia antaranya seperti iphone,ipad,mac book pro, macbook air dan beberapa produk apple lain.

Situasi ini berlaku pada empat tahun lepas. Beratus-ratus orang berkhemah di hadapan kedai alat telekomunikasi Apple Store yang beroperasi di sekitar Amerika syarikat (AS), selama dua hari berturut-turut.
Masing-masing enggan melepaskan peluang untuk menjadi antara kelompok pengguna terawal memiliki sebuah telefon pintar iPhone keluaran Apple.

Meskipun pengeluaran iPhone di pasaran tertunda selama enam bulan, ia sedikitpun tidak mematahkan semangat para pengguna. Apatah lagi pada hari berkenaan mereka terpaksa bersesak-sesak dan berebut-rebut antara satu sama lain.

Bermacam-macam gelagat pengguna diperhatikan. Ada yang sanggup membayar AS$200 (RM680) semata-mata untuk memotong barisan. Ada juga tegar bermalam di depan kedai dengan membawa tilam nipis serta membawa haiwan peliharaan sebagai peneman.

“Saya tidak tidur satu setengah hari,” cerita Grant Johnson, 41, dari Brooklyn, yang sanggup bersekang mata agar tidak terlepas peluang membeli iPhone.

Kemunculan telefon pintar iPhone mencipta fenomena luar biasa di AS, Eropah dan di Asia Tenggara. Bermula daripada pengeluaran iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS sehingga iPhone 4, sambutannya amat menggalakkan. Malah, tempias populariti iPhone turut melanda masyarakat Malaysia.
 
Apa yang pasti, kecemerlangan penjualan produk Apple Inc., secara tidak langsung melonjak nama Steve Jobs, 55. Dia merupakan tulang belakang yang memastikan agar alat telekomunikasi jenama Apple yang dijual di pasaran berkualiti dan menepati cita rasa pelanggan.

“Terharu dan gembira kerana pengguna menyukai produk yang kami tawarkan. Sebenarnya bukan mudah untuk mereka telefon pintar yang menarik. Bagi saya rekaan tertumpu pada reka bentuknya tetapi ia lebih pada kepuasan ketika menggunakannya. Jadi, kami sentiasa berusaha menghasilkan produk yang terbaik.

“Pada masa yang sama, kami mengelak bertanya kehendak pengguna kerana apabila kita menghasilkan apa yang mereka mahukan, barangkali pada waktu itu mereka mahukan sesuatu yang baru pula,” jelas Jobs yang turut merangkap pengasas bersama dan Ketua Eksekutif Apple dalam satu temu bual.
 
Laman berita Los Angeles Times, menyiarkan bahawa syarikat Apple Inc. berjaya mengaut keuntungan berlipat ganda selepas melancarkan produk iPhone dan iPad. Sehingga Apple Inc., tersenarai sebagai syarikat kedua di dunia yang mencecah nilai melebihi AS$300 bilion (RM912 bilion).

Penganalisis daripada Goldman Sachs, David Bailey, memberitahu, setiap tahun penjualan iPhone memperlihatkan peningkatan yang begitu drastik. Jika penghujung tahun 2007, sebanyak dua juta iPhone terjual, pada tahun 2008 pula ia meningkat sebanyak sembilan juta. Sementara pada tahun 2009 pula hasil jualan mencecah 20 juta manakala 30 juta pada tahun berikutnya.

Sementara itu, majalah Forbes menyatakan Jobs yang menyambut ulang tahunnya yang ke-55 semalam, memiliki nilai kekayaan berjumlah AS$6 bilion (RM18.26 bilion). Beliau juga disenaraikan oleh majalah terbabit sebagai individu ke-136 terkaya di dunia tahun lalu.

Jobs yang dilahirkan di San Francisco, AS, merupakan anak kepada pasangan Joanne Simpson dan Abdulfattah John Jandali berketurunan Arab Syria. Bagaimanapun bapa kepada empat cahaya mata itu tidak membesar bersama ibu bapa kandungnya.

Sebaliknya, dia dijaga sepenuhnya oleh keluarga angkat, Paul dan Clara Jobs di Silicon Valley, AS, yang sebahagian besar kawasannya dikelilingi ladang aprikot.

Diet ketat

Penggemar baju-T lengan panjang rona gelap dan seluar jean jenama Levi’s itu pernah menuntut di Sekolah Menengah Cupertino di Cupertino, California dan Sekolah Tinggi Homestead H.S di bandar yang sama. Tamat sesi persekolahan, Jobs melanjutkan pengajian di Reed College, Portland, Oregon. Namun tempoh pengajian di kolej seni liberal berkenaan bertahan selama satu semester saja.


JOBS di samping isterinya, Laurene Powell.


Sebaik menamatkan pengajian meninggalkan kolej, Jobs mengambil keputusan merantau ke India untuk mendalami agama Zen Buddhism bersama rakannya, Daniel Kottke. Dalam proses kerohanian tersebut Jobs yang pada ketika itu berusia 19 tahun mempraktikkan diet ketat seperti berpuasa atau makan buah saja.

Tambah Jobs yang mengahwini Laurene Powell di Yosemite, AS, pada tahun 1991: “Saya pernah berniat untuk menjadi sami di biara Jepun daripada mengasaskan Apple. Tetapi guru saya, Kobun Chino menyakinkan bahawa saya masih boleh meneruskan anutan ini dan pada masa yang sama mengusahakan bisnes komputer.”

Sehubungan itu, sekembalinya dia ke Silicon Valley, pada tahun 1974, dia membawa agama Buddha dengan penampilan rambut botak dan menyarungkan pakaian tradisional India.

Menyentuh mengenai penglibatan Jobs dalam bidang komputer dan gajet semuanya bermula selepas perkenalannya bersama Stephen Wozniak atau Woz yang pintar dalam hal berkaitan komputer dan elektronik. Walaupun usia Jobs lima tahun lebih muda daripada Woz, tetapi bagaikan wujudnya keserasian antara mereka berdua.

Penglibatan dunia komputer

Persahabatan yang tersemai itu akhirnya menarik minat Jobs menyertai Kelab Homebrew Computer pada tahun 1975 bersama Woz. Sepanjang melibatkan diri dalam kelab berkenaan, Jobs mendapati, hasil kajian dan pengamatannya industri komputer mempunyai potensi terbaik untuk jangka masa yang panjang.

Hasil perbincangan yang dilakukan mereka berdua melancarkan syarikat Apple Inc. pada 1 April 1976.

“Pemilihan nama Apple cukup ringkas dan simbolik. Ia sentiasa mengingatkan saya pada memori memetik buah epal pada musim panas,” jelas Jobs yang memperoleh modal permulaan bisnes sebanyak AS$1,300 (RM3,963), hasil menjual microbus salah satu komponen komputer manakala Woz menjual kalkulator.

Walaupun berpejabat di dalam sebuah garaj dan fasa permulaan hanya menjual papan sirkit iaitu papan memegang salah satu komponen dalaman komputer, tetapi bisnes mereka berkembang baik selepas menjual komputer pertama Apple I yang bernilai AS$666.66 (RM2,026). Kemudian, diikuti pula dengan komputer Apple II dan rangkaian produk yang lain sehingga Apple Inc., mula menjual saham syarikat sekitar Disember tahun 1980.

Namun jodoh Jobs bersama Apple Inc. tidak bertahan lama. Gara-gara tidak berpuas hati dengan lembaga pengarah, akhirnya dia mengambil keputusan meninggalkan Apple Inc., lantas membuka syarikat sendiri, NeXT, pada tahun 1986.

“Jika Apple Inc., terkenal dengan penghasilan komputer peribadi tetapi NeXT pula sebaliknya. Kami lebih fokus pada pembangunan perisian untuk komputer.

“Menariknya, pada kemuncak bisnes NeXT, kami merupakan jenama yang memainkan peranan utama pada pembentukan e-mel dan jaringan sejagat (WWW),” ulas Jobs yang kemudian dilantik semula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc., selepas syarikat tersebut membeli NeXT yang hanya beroperasi selama sedekad.

Sehingga ke hari ini Jobs kekal menyandang kerusi CEO. Kebanyakan pakar IT dan penganalisis ekonomi menyifatkan rahsia jenama Apple Inc., yang hampir bankrap pada tahun 1990 terus kukuh kerana semangat dan etika kerja yang dipamerkan Jobs.

Inovasi dan kreativiti

“Saya mengikuti kisah Steve Jobs sewaktu menuntut di Universiti Iowa, AS dua dekad lepas. Pada waktu itu, orang ramai enggan melepaskan peluang memiliki komputer Apple II kerana Apple Inc., merupakan pengeluar tunggal menghasilkan komputer peribadi.


ORANG ramai sanggup berkhemah di depan kedai Apple bagi mendapatkan produk iPhone terbaru.


“Namun komputer Macintosh jenama Apple Inc., yang dikeluarkan pada tahun 1986, menarik minat saya untuk memilikinya. Ia merupakan sebuah komputer skrin hitam dan putih, meskipun orang ramai mengharapkan komputer skrin berwarna. Tetapi Jobs bertegas grafik lebih penting daripada warna,” jelas pakar teknologi komunikasi maklumat (ICT), Azli Paat yang turut memberitahu autograf Jobs turut tertera di dalam komputer berkenaan.

Tambah Ketua Pegawai Eksekutif Dapat Vista Sdn. Bhd., itu, Jobs merupakan individu yang berdisiplin, kreatif dan berwawasan. Setiap produk keluaran Apple Inc., mampu menarik minat pembeli dan ideal dengan trend semasa.

Dalam pada itu, Azli turut mengakui Jobs bijak dalam aspek pemasaran dan berinovasi tinggi.
“Misalnya, penggunaan tetikus. Ke banyakan individu berpendapat Apple Inc, yang bertanggungjawab mencipta tetikus padahal produk tetikus itu dihasilkan oleh jenama Xerox.

“Ini disebabkan pada awal penghasilkan tetikus, Xerox tidak yakin bahawa tetikus bakal disukai ramai, memandangkan masyarakat pada waktu itu sudah terbiasa menggunakan tetikus pada papan kekunci. Namun pemikiran Jobs berbeza. Ia melihat penggunaan tetikus secara berasingan memudahkan pengguna,”

Read more...

iPad2 March 2nd 2011

Looks like the wait for the iPad 2 will finally be over come March 2nd. Just this morning, Apple have started dishing out invites to a March 2nd iPad event to the US Press and from what we can see, its definitely coming. Teasing “Come See What 2011 Will Be The Year Of”, we can only assume that Apple has big plans for the successor to the wildly popular iPad.
The event will be held at 10am Pacific Time (2am Local Malaysia).
(Source: Mobile Crunch & Engadget)

Read more...

Jenama Labtob Terbaik 2010

Tuesday, February 22, 2011

Tertarik dengan laporan PCworld Nov 29, 2010 tentang jenama labtob yang paling dipercayai atau dalam kata lain mempunyai kualiti terbaik pada tahun 2010 yang lepas membuatkan aku tulis artikel ni.

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum membeli labtob baru apakah yang biasa anda lakukan?.Pengelaman saya, saya selalu bertanya dengan kawan-kawan ketika mula-mula menggunakan labtob dahulu namun sekarang saya lebih suka membaca maklumat yang saya search dari Google.

Walaupun pengeluar laptop sanggup menghabiskan berbillion ringgit untuk tujuan promosi, namun berapakah daripada pengeluar-pengeluar ini yang sanggup menjamin kualiti dan fungsi laptop tersebut untuk jangka masa tertentu.

Namun, sekiranya berlaku kerosakan, sejauh manakah kecekapan mereka mengatasi masalah ini. Perkara seperti ini diambil kira dalam survey yang dijalankan oleh PCWorld bagi menentukan jenama laptop yang paling dipercayai bagi 2010.


Sebelum tu, anda juga boleh lihat Jenama laptop paling kurang dipercayai 2010(akan datang).
Empat jenama laptop yang paling dipercayai bagi tahun 2010 adalah:

1. Apple
Apple sekali lagi menjadi pemenang dalam kategori jenama laptop dipercayai pada tahun 2010. Dalam setiap kategori yang dipertandingkan, Apple berjaya mencatat ranking tertinggi daripada pengguna (berdasarkan survey). Markah yang terendah adalah dalam kategori ‘kecekapan syarikat menggantikan komponen yang rosak’.

2. Asus (“Rock Solid. Heart touching.”)
Asus dikenali sebagai laptop kos murah di bahagian Amerika Utara. Sejak dua tahun lalu, jenama Asus mula menjadi pilihan pengguna laptop. Sesetengah pengkritik melabel laptop Asus sebagai berkos murah tetapi susah untuk digunakan. Namun, rata-rata pengguna mempercayai jenama Asus.
komen hollowgram: Dengar kata laptop Asus ni lambat panas berbanding jenama laptop lain.

3. Toshiba
Selain Apple dan Asus, Toshiba juga memdapat markah yang tinggi dalam kepercayaan pengguna.

4. MSI
MSI yang terkecuali dalam survey tahun lepas turut menunjukkan kepercayaan pengguna yang tinggi. Hanya terdapat sedikit laporan mengenai kerosakan komponen teras laptop tersebut.
(berdasarkan laporan PCworld Nov 29, 2010).

Read more...

Iphone 4 Terima Anugerah Smartphone Terbaik Dunia, HTC Pengeluar Terbaik

Monday, February 21, 2011

Acara Global Mobile Awards yang baru saja berlangsung di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini telah mengumumkan senarai pemenang untuk tahun 2011. Beberapa pembuat telefon dan pemaju perisian terkenal telah menerima anugerah. Ada keputusan yang sudah dijangka, sementara yang lain datang sebagai kejutan.

Daripada senarai 25 kategori anugerah yang diberi, apa kata kita lihat tiga kategori paling menarik - Best Mobile Award,
Device Manufacturer of the Year award dan Best Mobile App Award. Anda boleh menyemak senarai lengkap pemenang dan komen hakim GSMA di website ini.


Apple iPhone 4 dipilih untuk anugerah Best Mobile Device, dipuji terutamanya untuk paparan tajam (Retina Display), kualiti binaan (build materials) dan yang paling penting adalah kemampuannya mewujudkan ekosistem yang "fenomenal"  bagi aplikasi dan pemaju mereka. Kemenangan ini adalah diluar jangkaan ramai kerana kontroversi kegagalan antenna iPhone 4 yang menjadi bualan ramai sebelum ini.

Anugerah Device Manufacturer of the Year award pula disambar oleh HTC. Syarikat Taiwan ini bangkit sendiri di arena antarabangsa dari kekaburan sebagai syarikat yang kurang dikenali sehingga menjadi antara pengeluar telefon bimbit terkemuka dengan jenama segar dan pemasaran dan menawarkan portfolio yang kukuh di seluruh platform perisian. Syarikat ini adalah syarikat yang bertanggungjawab menjadikan perisian Android terkenal diseluruh dunia, terutama sekali melalui model HTC Desire. HTC juga diiktiraf berdasarkan perkhidmatan pelanggan yang baik.

Di segi perisian pula, Rovio membawa pulang dua anugerah sekaligus iaitu App of the Year untuk Platform Apple dan juga sebagai Best Mobile App secara keseluruhan.

Google dan BlackBerry memenangi anugerah untuk aplikasi terbaik pada platform mereka sendiri, untuk Google Maps dan BlackBerry Messenger masing-masing. Herocraft & InnerActive juga membawa pulang "App of the Year on Nokia Platform, " anugerah untuk permainan Zum Zum.
 


Berikut adalah senarai penuh keputusan:


Category 1 - Global Mobile App Awards
App of the Year on the Apple Platform
Rovio / Clickgamer/Chillingo for Angry Birds
App of the Year on the BlackBerry® App World Platform
Research In Motion for BlackBerry Messenger
App of the Year on the Android Platform
Google for Google Maps
App of the Year on the Nokia Platform
Herocraft & InnerActive for Zum Zum
Best Mobile App
Rovio / Clickgamer/Chillingo for Angry Birds

Category 2 - Mobile Advertising & Marketing
Best Mobile Advertising & Marketing Campaign
Mobilera - Outeractive for Unilever Cornetto Multiplayer Interactive Wall Projection Mapping Game

Category 3 - Best Mobile Business & Enterprise
Best Mobile Enterprise Product or Solution
Antenna for Antenna Mobility Platform (AMP)
Best Mobile Money Product or Solution
Airtel Africa, MasterCard Worldwide and Standard Chartered Bank for Airtel Card

Category 4 - Social & Economic Development
Best use of Mobile for Social & Economic Development
Ericsson and Flexenclosure for Ericsson Community Power
Best Mobile Money for the Unbanked Service
Vodafone Group, Safaricom, Vodacom, Vodafone Essar Limited and Roshan Ltd for M-PESA
Best Product, Initiative or Service for Underserved Segment

BBC World Service Trust for BBC Janala

Category 5 - Mobile Innovation
Best M-Health Innovation
Mobisante Inc for MobiUS
Best Mobile Learning Innovation
Urban Planet Mobile and PT Telkomsel for Urban English, Mobile English Learning Initiative
Best Mobile Innovation for Utilities
EDMI and Sierra Wireless for EDMI EWM100 Advanced GSM/GPRS Modem for Smart Metering Applications
Best Mobile Innovation for Automotive & Transport
Nissan Motor, AT&T, NTT DOCOMO, and Telenor Connexion for ICT for Electric Vehicles
Best Embedded Mobile Device (Non-Handsets)
AT&T and VITALITY, Inc for AT&T-connected Vitality GlowCaps

Category 6 - Green Mobile Award
Green Mobile Award for Best Green Product/Service or Performance
Bharti Infratel for GreenTowers P7 Project

Category 7 - Best Mobile Devices
Best Mobile Device
Apple for iPhone 4
Device Manufacturer of the Year
HTC

Category 8 - Best Technology
Best Mobile Broadband Technology
Ruckus Wireless for Ruckus Mobile Wi-Fi Gateway System
Best Mobile Technology for Emerging Markets
Orange for Orange solar base station programme
Best Technology Breakthrough
Seven Networks for SEVEN Open Channel
Best Customer Care & CRM
Airtel Africa and Tango Telecom for Tango Telecom’s ‘Dynamic Pricing Service’

Category 9 - Outstanding Achievement Awards
GSMA Chairman's Award
Dr. Wang Jianzhou, Chairman, China Mobile
Government Leadership Award
Government of Afghanistan

Read more...

Steve Jobs mungkin hidup enam minggu lagi

Saturday, February 19, 2011

Berita paling memeranjatkan aku adalah bila mendapati Steve Jobs mengidap kanser dan dikhabarkan mungkin hidup enam minggu lagi. Berdasarkan apa yang aku baca dan pernah terjadi kepada arwah ayah aku dulu yang mengidap penyakit kanser adalah sukar untuk diubati, kerana selepas mengalami kemoterapi seseorang akan lemah kerana banyak sel tubuh yang mati.

Apabila membaca artikel ini di kosmo ianya mengingatkan aku kepada arwah ayahku yang telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya ketika rakyat negara ini bergembira menyambut hari kemerdekaan pada tahun lepas.Aku doakan ayahku ditempatkan di sisi orang yang beriman dan kepada Steve Jobs semoga Steve Job berjaya diselamatkan. Steve Jobs, i luv u idea steve, i luv everything u done !

Baca berita selanjutnya di kosmo di bawah.






SAN FRANCISCO - Pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs mungkin hanya hidup enam minggu lagi ekoran sakit kanser yang dihadapinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar National Enquirer kelmarin menyiarkan gambar Jobs, 55, yang kelihatan amat kurus sekali gus menunjukkan dia kehilangan berat badan dalam jumlah yang banyak.

Menurut laporan akhbar itu, Jobs yang mencipta kejayaan menerusi pengeluaran gajet iPod, iPhone dan iPad menghidap kanser pankreas dan mungkin hidup dalam tempoh enam minggu lagi.

Dalam gambar yang disiarkan akhbar berkenaan, Jobs kelihatan lemah semasa dia memakai seluar jean.

Menurut laporan akhbar itu, berat pengasas syarikat Apple itu dikatakan merosot dari 79.37 kilogram sebelum kanser kepada hanya 58.96 kilogram.

Gambar itu dirakamkan pada 8 Februari lalu yang menunjukkan Jobs pergi bersarapan pagi dengan isterinya, Laurene Powell sebelum dia menuju ke Pusat Kanser Stanford di California.

Menurut seorang pakar perubatan, Dr. Gabe Mirkin: "Jobs tidak mempunyai otot di punggungnya. Apa yang anda lihat ialah ototnya hilang disebabkan kanser."Rambut Jobs yang semakin gugur disebabkan kesan rawatan kemoterapi.

Seorang lagi pakar perubatan, Dr. Samuel Jacobson memberitahu akhbar itu bahawa berdasarkan penilaiannya, kematian Jobs semakin hampir."Saya boleh menyatakan dia mempunyai tempoh enam minggu lagi (untuk hidup)," katanya.Jobs dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$6 bilion (RM18.26 bilion).

sumber : kosmo.com.my

Read more...

  ©

Back to TOP