Steve Jobs mungkin hidup enam minggu lagi

Saturday, February 19, 2011

Berita paling memeranjatkan aku adalah bila mendapati Steve Jobs mengidap kanser dan dikhabarkan mungkin hidup enam minggu lagi. Berdasarkan apa yang aku baca dan pernah terjadi kepada arwah ayah aku dulu yang mengidap penyakit kanser adalah sukar untuk diubati, kerana selepas mengalami kemoterapi seseorang akan lemah kerana banyak sel tubuh yang mati.

Apabila membaca artikel ini di kosmo ianya mengingatkan aku kepada arwah ayahku yang telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya ketika rakyat negara ini bergembira menyambut hari kemerdekaan pada tahun lepas.Aku doakan ayahku ditempatkan di sisi orang yang beriman dan kepada Steve Jobs semoga Steve Job berjaya diselamatkan. Steve Jobs, i luv u idea steve, i luv everything u done !

Baca berita selanjutnya di kosmo di bawah.






SAN FRANCISCO - Pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs mungkin hanya hidup enam minggu lagi ekoran sakit kanser yang dihadapinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar National Enquirer kelmarin menyiarkan gambar Jobs, 55, yang kelihatan amat kurus sekali gus menunjukkan dia kehilangan berat badan dalam jumlah yang banyak.

Menurut laporan akhbar itu, Jobs yang mencipta kejayaan menerusi pengeluaran gajet iPod, iPhone dan iPad menghidap kanser pankreas dan mungkin hidup dalam tempoh enam minggu lagi.

Dalam gambar yang disiarkan akhbar berkenaan, Jobs kelihatan lemah semasa dia memakai seluar jean.

Menurut laporan akhbar itu, berat pengasas syarikat Apple itu dikatakan merosot dari 79.37 kilogram sebelum kanser kepada hanya 58.96 kilogram.

Gambar itu dirakamkan pada 8 Februari lalu yang menunjukkan Jobs pergi bersarapan pagi dengan isterinya, Laurene Powell sebelum dia menuju ke Pusat Kanser Stanford di California.

Menurut seorang pakar perubatan, Dr. Gabe Mirkin: "Jobs tidak mempunyai otot di punggungnya. Apa yang anda lihat ialah ototnya hilang disebabkan kanser."Rambut Jobs yang semakin gugur disebabkan kesan rawatan kemoterapi.

Seorang lagi pakar perubatan, Dr. Samuel Jacobson memberitahu akhbar itu bahawa berdasarkan penilaiannya, kematian Jobs semakin hampir."Saya boleh menyatakan dia mempunyai tempoh enam minggu lagi (untuk hidup)," katanya.Jobs dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$6 bilion (RM18.26 bilion).

sumber : kosmo.com.my

0 comments:

  ©

Back to TOP