Jenama Labtob Terbaik 2010

Tuesday, February 22, 2011

Tertarik dengan laporan PCworld Nov 29, 2010 tentang jenama labtob yang paling dipercayai atau dalam kata lain mempunyai kualiti terbaik pada tahun 2010 yang lepas membuatkan aku tulis artikel ni.

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum membeli labtob baru apakah yang biasa anda lakukan?.Pengelaman saya, saya selalu bertanya dengan kawan-kawan ketika mula-mula menggunakan labtob dahulu namun sekarang saya lebih suka membaca maklumat yang saya search dari Google.

Walaupun pengeluar laptop sanggup menghabiskan berbillion ringgit untuk tujuan promosi, namun berapakah daripada pengeluar-pengeluar ini yang sanggup menjamin kualiti dan fungsi laptop tersebut untuk jangka masa tertentu.

Namun, sekiranya berlaku kerosakan, sejauh manakah kecekapan mereka mengatasi masalah ini. Perkara seperti ini diambil kira dalam survey yang dijalankan oleh PCWorld bagi menentukan jenama laptop yang paling dipercayai bagi 2010.


Sebelum tu, anda juga boleh lihat Jenama laptop paling kurang dipercayai 2010(akan datang).
Empat jenama laptop yang paling dipercayai bagi tahun 2010 adalah:

1. Apple
Apple sekali lagi menjadi pemenang dalam kategori jenama laptop dipercayai pada tahun 2010. Dalam setiap kategori yang dipertandingkan, Apple berjaya mencatat ranking tertinggi daripada pengguna (berdasarkan survey). Markah yang terendah adalah dalam kategori ‘kecekapan syarikat menggantikan komponen yang rosak’.

2. Asus (“Rock Solid. Heart touching.”)
Asus dikenali sebagai laptop kos murah di bahagian Amerika Utara. Sejak dua tahun lalu, jenama Asus mula menjadi pilihan pengguna laptop. Sesetengah pengkritik melabel laptop Asus sebagai berkos murah tetapi susah untuk digunakan. Namun, rata-rata pengguna mempercayai jenama Asus.
komen hollowgram: Dengar kata laptop Asus ni lambat panas berbanding jenama laptop lain.

3. Toshiba
Selain Apple dan Asus, Toshiba juga memdapat markah yang tinggi dalam kepercayaan pengguna.

4. MSI
MSI yang terkecuali dalam survey tahun lepas turut menunjukkan kepercayaan pengguna yang tinggi. Hanya terdapat sedikit laporan mengenai kerosakan komponen teras laptop tersebut.
(berdasarkan laporan PCworld Nov 29, 2010).

0 comments:

  ©

Back to TOP