Showing posts with label iPhone4. Show all posts
Showing posts with label iPhone4. Show all posts

Jailbreak iphone4

Wednesday, February 9, 2011

Just nak cita, semalam 9/2/11 aku dah jailbreak iphone 4.Walaupun banyak panduan dekat internet namun aku akhirnya membuat keputusan untuk membuat jailbreak di kedai dan harganya agak tinggi RM120 tapi aku buat juga memandangkan 1st time aku tak berani nak jailbreak sendiri, mungkin lain kali aku akan lakukan sendiri.

 Bukan apa kalau ada masalah nanti bila aku jailbreak sendiri mungkin harganya berlipat kali ganda hehe.Jailbreak ni penting untuk memudahkan aku download app kerana kalau tak jailbreak kena beli app dari itunes menggunakan kad kredit.Nanti aku cita lagi k.luv u all.


Read more...

Cara ambik screenshot dari iphone4

Thursday, February 3, 2011

Hai semua ! kali ni just nak share macam mana cara nak ambik screenshot dari iphone4 anda.  Pertama tekan butang home dan pada masa yang sama tekan butang on/of serta pastikan anda mendengar bunyi kamera snap "click".  Kemudian pergi photo apps untuk melihat screenshot tersebut.

Read more...

Cara menutup apps yang telah dibuka dalam iphone4

Mungkin ada yang bertanya bagaimana hendak menutup apps dalam iphone4.  Pertama sekali tekan butang home 2 kali dan anda akan melihat senarai apps yang belum ditutup.  Setelah menekan butang home sebanyak dua kali maka akan keluar tanda seperti ini (-) dan selepas itu anda hanya click yang mana yang anda mahu close (-).Tujuannya adalah untuk mengelakkan cas bateri daripada cepat habis.Selamat mencuba.

Read more...

Cara Sync/Transfer MP3/Video Dengan iTunes ke Iphone4

Wednesday, February 2, 2011

Rasanya ramai yang dah tahu transfer lagu dari itunes ke iphone4,abaikan bagi yang dah tahu kerana aku saja nak kongsi dengan yang baru nak berjinak dengan dunia iphone. Memasukan lagu,video ke iphone tidak semudah smartphone/handphone lain kerana ia memerlukan itunes tidak seperti smartphone/handphone kerana memerlukan kita install itunes terlebih dahulu.  Proses transfer lagu ke iphones dipanggil sebagai "sync".  Berikut adalah caranya.


Langkah 1: Selepas anda install iTunes, buka iTunes dan paparan seperti dibawah ini akan muncul
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 2: Pergi ke File>Add File to Library atau Add Folder to Library bergantung pada korang nak masukkan satu fail demi satu atau satu folder sekali gus.
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 3: Selepas semua fail lagu yang anda mahu masukkan ke iPhone telah selamat di masukkan ke iTunes library, ia akan kelihatan seperti paparan di bawah
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 4: Selepas itu pergi ke iPhone anda dengan menekan iPhone anda di panel sebelah kiri (pasangkan iPhone melalui USB jika belum)
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 5: Pergi ke tab Music dan tandakan pada “Sync Music” seperti paparan di bawah. Tekan “Apply”
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 6: iTunes akan memulakan proses “Sync” dan setelah iTunes selesai lagu akan berada di dalam iPhone anda.
itunes-iphone-transfer-lagu
iTunes 10.1 – [Muat Turun]

Read more...

1st posting guna iphone4

Selamt pagi semua! pagi ni aku just nak try menaip menggunakan iphone4 yang aku baru beberapa hari guna. Best juga menaip menggunakan iphone4 ni sebab memang smooth walaupun agak kekok mulanya namun dh biasa akhirnya.sebelum ni aku memang tak terfikir langsung untuk menggunakan barangan apple.


Faktor harganya yang agak tinggi bukanlah faktor utama namun minat aku lebih kepada Sony Ericsson yang mempunyai sound & kamera yang superb tapi setelah membuat research dari google aku dapati iphone4 dan kebanyakan produk Apple telah dipilih oleh kebanyakan pengguna dari seluruh dunia.

Selepas itu keterujuaan aku terhadap barang Apple berterusan sehinggalah aku membeli iphone4 ni. Setakat ni sebab aku just nak try type je ni bukan kerana niat nak menunjuk tapi sekadar nak berkongsi.Kesimpulannya bagi aku iphone4 ni sesuai untuk para blogger yang selalu update blog & website. Kalau anda semua ada artikel tentang iphone4 nak letak kat blog aku email je aku. Jom tengok picture iphone4 aku.

Read more...

  ©

Back to TOP