Cara Sync/Transfer MP3/Video Dengan iTunes ke Iphone4

Wednesday, February 2, 2011

Rasanya ramai yang dah tahu transfer lagu dari itunes ke iphone4,abaikan bagi yang dah tahu kerana aku saja nak kongsi dengan yang baru nak berjinak dengan dunia iphone. Memasukan lagu,video ke iphone tidak semudah smartphone/handphone lain kerana ia memerlukan itunes tidak seperti smartphone/handphone kerana memerlukan kita install itunes terlebih dahulu.  Proses transfer lagu ke iphones dipanggil sebagai "sync".  Berikut adalah caranya.


Langkah 1: Selepas anda install iTunes, buka iTunes dan paparan seperti dibawah ini akan muncul
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 2: Pergi ke File>Add File to Library atau Add Folder to Library bergantung pada korang nak masukkan satu fail demi satu atau satu folder sekali gus.
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 3: Selepas semua fail lagu yang anda mahu masukkan ke iPhone telah selamat di masukkan ke iTunes library, ia akan kelihatan seperti paparan di bawah
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 4: Selepas itu pergi ke iPhone anda dengan menekan iPhone anda di panel sebelah kiri (pasangkan iPhone melalui USB jika belum)
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 5: Pergi ke tab Music dan tandakan pada “Sync Music” seperti paparan di bawah. Tekan “Apply”
itunes-iphone-transfer-lagu
Langkah 6: iTunes akan memulakan proses “Sync” dan setelah iTunes selesai lagu akan berada di dalam iPhone anda.
itunes-iphone-transfer-lagu
iTunes 10.1 – [Muat Turun]

0 comments:

  ©

Back to TOP